Tuesday, August 9, 2011

Derma darah di klinik tabung darah

Dah habis tahun 3, so kena praktikal la. Aq minta praktikal kat HTAA. Nak wat camner, tu je hosp paling dekat. Banyak perkara aq belajar kat sini. Yang paling penting, lepas habis praktikal, aq buat keputusan nak sambung master. Kerja tu xdelah best sangat. Tapi kalau dah jodoh satu hari nanti aq keje kat situ, semoga aq dapat kwn2 keje yg best. Nak gtaw, lab hema paling best. Aq pun xtaw ape yg best.. hehe.. Beza dengan PPUKM, kat sini ada lab tabung darah. PPUKM nak buat juga nanti lab ni. Sekarang nak share pengalaman aq bertugas kat tabung darah.

Sebelum nak ambil darah org, kene lah derma darah dulu. So aq pun dermalah darah AB aq yg jarang ditemui ni. Step2 derma darah di klinik tabung darah :

1. Daftar. Isi borang ape yg patut. Selepas dah check kat comp yg org tu bebas HIV n penyakit berbahaya yg lain, baru leh cont..

2. Timbang berat. Berat aq dotdotdot. Encik tu xcaya, katanye aq berat sangat.. lepas tu baru aq sedar rupanya aq xcabut kasut masa timbang.. amende la.. minimum berat adelah 45kg.

3. Ujian hemoglobin. Aq xingat la minimum brapa.. dalam 11.5 kot.. ape2 pun tips dia adalah makan dengan cukup b4 nak derma tu.

4. Dapat buku dan borang untuk jumpa doctor.

5. Jumpa doctor. Ambil tekanan darah. BP aq cukup2 makan je..mmg borderline…rupe2nye doc tu org pasir mas jugak! Tp aq segan lah nak borak lama2.. hee..

6. Releks2 kat kerusi derma darah tu, sangat selesa sampai boleh tido!

7. Nurse cucuk ubat tahan sakit.

8. Derma darah! Darah aq lambat kluar, malu2 nak kluar agaknya. Sebenarnya sebab dia lmbat nak kluar adelah salur darah aq kecik sangat. Sebab lama sangat, tangan aq dah jadi lemah nak pam darah. Akhirnye sikit je darah yg dapat. Nurse terpaksa cabut jarum b4 bag darah tu penuh.. So lepas ni aq xnak derma darah dah..

9. Cabut jarum. Tekan tempat cucuk tadi dengan kapas. If x, darah xberhenti kluar.

10. Rehat 10 minit. Make sure xpening, baru bangun.

11. Ambil ubat.

12. Makan2! Menyesal derma darah hari tu, sebab kebetulan makanan xbest..haha..

Selepas selesai sumenye, perasaan sangat epy sebab dapat tolong orang. ^_^ berat badan xberkurang pun lepas derma darah, sedihnya.. huu.. aq dengan bangganya gtaw korang2 yg derma darah xsakitpun. Tapi sebab salur darah aq kecik, bagi aq sakit la sikit. If normal, patutnya xsakit. Ag pun dia da suntik ubat tahan sakit b4 ambil darah. Kalau xguna ubat tahan sakit, mmg sakit la sebab seyesly jarum dia besar! Xyah tengok la masa dia cucuk tu..huu..seram.. ada org akan sakit sebab ubat tu xberi kesan kat dia. Apa2 pun xdealah sakit sangat sampai xnak derma darah lagi. Most people kalau dah derma sekali, akan nak lagi.. hee..